CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 20, 2011

Cacat Tetapi...

Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecatatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.

Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir.
Salah satu soalannya: "Bagaimana Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecatatan ini."
"Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki."
"Tapi Tuan juga tidak mampu melihat."
"Ya betul itu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka."
"Tapi apa yang Tuan ada?"
"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca al-Quran dan berzikir. Alhamdulillah."


Pengajaran: Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia adalah satu kelebihan.

..Solusi..

Saturday, September 10, 2011

Iktibar daripada Sebatang Pensel


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman Ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, Ibu."

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yng hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangn yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketiak menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi lebih tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentisalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar tau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

_Solusi35_