CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 16, 2011

UNIC & In-Team - Kemuliaan Ramadhan

Ramadhan Bulan Mulia

Dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu bahawa Rasulullah SallAllahu 'alahi Wasallam bersabda:


"ALLAH 'Azza wa Jalla berfirman: "Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-KU dan AKU yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/ berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa". Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-NYA, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua (2) kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa."
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]


Kelebihan Ramadhan

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi-

4. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

5. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

6. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.




Friday, August 12, 2011

Malam 1000 Bulan


Setiap orang yang beriman sentiasa menanti-nanti saat malam sepuluh (10) akhir Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang utama yang dinamakan "Malam al-Qadar".

Malam tersebut sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai malam:

1) Allah turunkan padanya al-Quran (Surah al-Qadar: 1)

2) Beribadat padanya lebih baik daripada beribadat seribu bulan (Surah al-Qadar: 3)

3) Turun padanya para Malaikat dan Jibril ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan taqdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang (Surah al-Qadar: 4, dan Surah ad-Dukhaa-n: 4,5)

4) Dipenuhi dan diliputi kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar: 5)

5) Sesiapa yang beribadat padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan baik/ pahala dari Allah maka diampun baginya dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari: 2014, Muslim: 760)

6) Terjadi pada malam yang ganjil (Riwayat al-Bukhari: 2018, Muslim: 1167)

Dalam usaha mencari Lailatul Qadar ini banyak khurafat, pegangan yang menyeleweng dan dogengan palsu yang tersebar didalam kitab-kitab dan cerita-cerita tentang alamat/ tanda malam tersebut seperti pokok bersujud, air laut menjadi tawar, anjing tidak menyalak dan lain-lain lagi.

Lebih dahsyat lagi di zaman kita ini tanda-tanda dongeng ini disebarkan oleh agamawan-agamawan yang tidak berdiri di atas disiplin ilmu yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui media cetak dan elektronik. Dengan itu ia terus berkembang den tersebar sepanjang tahun apabila munculnya bulan Ramadhan.

Adalah mustahil malam yang begitu besar kedudukan dan keutamaan ini tidak dijelaskan tanda-tandanya oleh Allah dan Rasul sehinggakan para agamawan boleh mencipta tanda-tandanya. Apa yang pasti Rasulullah S.A.W telah menjelaskan tanda-tanda malam tersebut di dalam hadis-hadis berikut:

Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/ mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi' (5472), ad-Dho'iefah (4404) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:

1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)

2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk

3) Tiada lontaran tahi bintang di langit

4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

Kedua: Hadis riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.

Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:

5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah Malaikat yang turun ke bumi.

Demikian tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W untuk mengenali Lailatul Qadar. Semestinya setiap ummat meninggalkan dongengan para agamawan yang mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah S.W.T memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan sunnah Rasul-Nya S.A.W.

SEL, 09 OGO 2011 22:55 | ZULHAFIDZ | EDITOR: ZULHAFID

Tuesday, February 15, 2011

Waktu-Waktu Mustajab Berdoa


1. Ketika hujan
2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
3. Waktu antara azan dan iqamat
Sabda Rasulullah saw yg brmaksud: "Tidak ditolak doa yang
dimohonkan di antara azan dan iqamat." (Riwayat al-Tirmizi)
4. Ketika iktidal yang akhir dalam solat
5. Ketika sujud dalam solat
6. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk)
7. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur
8. Sepanjang hari Jumaat
9. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib

Thursday, February 3, 2011


Ya Allah,

Bimbinglah aku ke arah agamaMu,

Dekatkah hatiku padaMu,

Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,

Berilah aku kasih sayangMu,

Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Amin.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.

Wednesday, February 2, 2011

Analogi Sebatang Pokok


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon.
Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia
mempuyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon
yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi
sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari,
kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada
manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat,
menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi
pohon yang besar.
Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.
Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun
dagingnya tetap tawar.

Monday, January 24, 2011

Apa Yang Paling Kuat

Dikisahkan dalam sbuah hadis yg diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad:
Tatkala Allah Ta'ala mnciptakan bumi, maka bumi pun brgetar. Lalu Allah mnciptakan gunung dgn kekuatan yg telah diberikan kepadanya, trnyata bumi pun trdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka brtanya "Ya Rabbi, adalah ssuatu dlm pnciptaanMU yg lbih kuat drpd gunung?" Allah mnjawab,"Ada, iaitu besi" Para malaikat brtanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dlm pnciptaanMU yg lebih kuat drpd besi?" Allah yg Maha Suci mnjawab "Ada, iaitu api." Para malaikat kembali brtanya "Ya Rabbi, adakah ssuatu dlm penciptaanMU yg lebih kuat drpd api?" Allah yg Maha Agung mnjawab, "Ada, iaitu air." Para malaikat pun brtanya kembali "Ya Rabbi, adalah ssuatu dlm pnciptaanMU yg lebih kuat drpd air?" Allah yg Maha Tinggi dan Malah Sempurna mnjawab, "Ada, iaitu angin." Akhirnya para malaikat pun brtanya lagi "Ya Allah, adalah ssuatu dlm pnciptaanMU yg lebih dasyat dr itu semua?" Allah yg Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya mnjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yg mengeluarkan sedekah dgn tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sbenarnya adalah org yg brsedekah dn bramal ttp tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah dan amalan yg dilakuknnya brsih, tulus dan ikhlas tanpa diketahui oleh org lain.
iluvislam.com