Tuesday, August 16, 2011
Ramadhan Bulan Mulia
Dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu bahawa Rasulullah SallAllahu 'alahi Wasallam bersabda:
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi-
4. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
5. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.6. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
Posted by nur qolbi at 11:38 AM 0 comments
Friday, August 12, 2011
Malam 1000 Bulan
Setiap orang yang beriman sentiasa menanti-nanti saat malam sepuluh (10) akhir Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang utama yang dinamakan "Malam al-Qadar".
Malam tersebut sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai malam:
1) Allah turunkan padanya al-Quran (Surah al-Qadar: 1)
2) Beribadat padanya lebih baik daripada beribadat seribu bulan (Surah al-Qadar: 3)
3) Turun padanya para Malaikat dan Jibril ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan taqdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang (Surah al-Qadar: 4, dan Surah ad-Dukhaa-n: 4,5)
4) Dipenuhi dan diliputi kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar: 5)
5) Sesiapa yang beribadat padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan baik/ pahala dari Allah maka diampun baginya dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari: 2014, Muslim: 760)
6) Terjadi pada malam yang ganjil (Riwayat al-Bukhari: 2018, Muslim: 1167)
Dalam usaha mencari Lailatul Qadar ini banyak khurafat, pegangan yang menyeleweng dan dogengan palsu yang tersebar didalam kitab-kitab dan cerita-cerita tentang alamat/ tanda malam tersebut seperti pokok bersujud, air laut menjadi tawar, anjing tidak menyalak dan lain-lain lagi.
Lebih dahsyat lagi di zaman kita ini tanda-tanda dongeng ini disebarkan oleh agamawan-agamawan yang tidak berdiri di atas disiplin ilmu yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui media cetak dan elektronik. Dengan itu ia terus berkembang den tersebar sepanjang tahun apabila munculnya bulan Ramadhan.
Adalah mustahil malam yang begitu besar kedudukan dan keutamaan ini tidak dijelaskan tanda-tandanya oleh Allah dan Rasul sehinggakan para agamawan boleh mencipta tanda-tandanya. Apa yang pasti Rasulullah S.A.W telah menjelaskan tanda-tanda malam tersebut di dalam hadis-hadis berikut:
Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/ mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi' (5472), ad-Dho'iefah (4404) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.
Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:
1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)
2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk
3) Tiada lontaran tahi bintang di langit
4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan
Kedua: Hadis riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.
Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:
5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah Malaikat yang turun ke bumi.
Demikian tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W untuk mengenali Lailatul Qadar. Semestinya setiap ummat meninggalkan dongengan para agamawan yang mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah S.W.T memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan sunnah Rasul-Nya S.A.W.
SEL, 09 OGO 2011 22:55 | ZULHAFIDZ | EDITOR: ZULHAFIDPosted by nur qolbi at 12:37 PM 0 comments
Tuesday, February 15, 2011
Waktu-Waktu Mustajab Berdoa

1. Ketika hujan
2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
3. Waktu antara azan dan iqamat
Sabda Rasulullah saw yg brmaksud: "Tidak ditolak doa yang
dimohonkan di antara azan dan iqamat." (Riwayat al-Tirmizi)
4. Ketika iktidal yang akhir dalam solat
5. Ketika sujud dalam solat
6. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk)
7. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur
8. Sepanjang hari Jumaat
9. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib
Posted by nur qolbi at 2:48 PM 0 comments
Thursday, February 3, 2011
Posted by nur qolbi at 11:19 AM 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
Analogi Sebatang Pokok
Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia
mempuyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon
yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi
sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari,
kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada
manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat,
menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi
pohon yang besar.
Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.
Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun
dagingnya tetap tawar.
Posted by nur qolbi at 8:44 PM 0 comments
Monday, January 24, 2011
Apa Yang Paling Kuat
Posted by nur qolbi at 9:34 PM 0 comments



