CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, February 3, 2011


Ya Allah,

Bimbinglah aku ke arah agamaMu,

Dekatkah hatiku padaMu,

Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,

Berilah aku kasih sayangMu,

Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Amin.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.

Wednesday, February 2, 2011

Analogi Sebatang Pokok


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon.
Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia
mempuyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon
yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi
sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari,
kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada
manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat,
menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi
pohon yang besar.
Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.
Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun
dagingnya tetap tawar.

Monday, January 24, 2011

Apa Yang Paling Kuat

Dikisahkan dalam sbuah hadis yg diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad:
Tatkala Allah Ta'ala mnciptakan bumi, maka bumi pun brgetar. Lalu Allah mnciptakan gunung dgn kekuatan yg telah diberikan kepadanya, trnyata bumi pun trdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka brtanya "Ya Rabbi, adalah ssuatu dlm pnciptaanMU yg lbih kuat drpd gunung?" Allah mnjawab,"Ada, iaitu besi" Para malaikat brtanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dlm pnciptaanMU yg lebih kuat drpd besi?" Allah yg Maha Suci mnjawab "Ada, iaitu api." Para malaikat kembali brtanya "Ya Rabbi, adakah ssuatu dlm penciptaanMU yg lebih kuat drpd api?" Allah yg Maha Agung mnjawab, "Ada, iaitu air." Para malaikat pun brtanya kembali "Ya Rabbi, adalah ssuatu dlm pnciptaanMU yg lebih kuat drpd air?" Allah yg Maha Tinggi dan Malah Sempurna mnjawab, "Ada, iaitu angin." Akhirnya para malaikat pun brtanya lagi "Ya Allah, adalah ssuatu dlm pnciptaanMU yg lebih dasyat dr itu semua?" Allah yg Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya mnjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yg mengeluarkan sedekah dgn tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sbenarnya adalah org yg brsedekah dn bramal ttp tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah dan amalan yg dilakuknnya brsih, tulus dan ikhlas tanpa diketahui oleh org lain.
iluvislam.com

Friday, January 21, 2011

A.U.R.A.T


A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan solat.

TETAPI...

A.U.R.A.T

Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.
Maka, sempurnakanlah pemakaian kita.

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Wednesday, January 19, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatiMu.....
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
syahid di jalan Mu....
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

Amin.....

Tuesday, January 18, 2011

DugaanMU






Al-Fiddaus..

Seorang yg hepi go lucky..
Bila daus xde..Sunyi je rasa kelas DSK43 2..huhu
Rindu sgt kt daus..
Akk igt bila bwa bekal kuih dari rumah hri 2 nk bg daus
rasa..Mst daus suka..Daus kn kuat mkn.
klu org bagi xdenye nk tolak kn?hehe
Minggu ni ramai pakai yg bru2 tau!
kasut bru, handphone baru, beg baru..
tp xde pn yg nk tegur..
klu x mst daus je yg prasan..
tp bkn buy 1 free 1 tau!
Nnt siapa lg nk jd kameramen kteorg..huhu
daus je la yg baik hati..
kteorg rindu daus ..


Kteorg kt cni sentiasa doakn daus cepat shat..

Smga diberikan kekuatan untuk mnjalani hidup ini..



WE ALL LOVE + MISS U


Monday, January 17, 2011

Zikrullah

Dengan mengingati Allah..
Hati akan menjadi tenang..

Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda :
Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali dengan berzikir) kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : Tanya mereka : Apakah berjihad di jalan Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah? Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali) (HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)

"Perkataan subhanallah, walhamdulillah, wa Lailaha illallah, wallahu akbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari."
(hadith riwayat Abu Hurairah)

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam Penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar).
(surah at-Tuur, ayat 48-49)

Mengingati Allah merupakan ubat yang mujarab, makanan yang diberkati, ubat yang bermanfaat dan makanan yang baik.