CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum..
Hai semua..Salamat menyambut Maulidur Rasul.

Rasulullah s.a.w merupakan pesuruh Allah yang diutuskan kepada umat Islam.
Sebagai umat baginda maka wajiblah kita mengikuti segala apa yang dibawa oleh baginda. Sempena maulidur rasul ini, marilah kita bersama2 mengingati dan mnghayati prjuangan dan sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Sesungguhnya, baginda adalah contoh tauladan yang paling baik untuk diikuti.

"Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang)." (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi mengungkapkannya sekali) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (Baginda mengulang ungkapan ini sebanyak tujuh kali)."

Marilah kita bersama2 mentaati perintahnya, mengasihi baginta, sentiasa berselawat keatas baginda dan mengikuti sunnah2 baginda..

"Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33)."

"Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi)."

"Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63)."


0 comments: